Friday, 4 December 2015

Program Berkhatan Perdana 2015


Pada 28 November 2015 telah berlangsung Program Berkhatan Perdana 2015 Anjuran Majlis Belia Daerah Kota Setar dengan kerjasama JKKK Sungai Baru Gunong dan AJK Masjid Hidayatul Solihin. 

Majlis Berkhatan ini telah diadakan di Masjid Hidayatul Solihin bermula jam 8.30 pagi. Seramai 32 orang peserta yang terdiri dari kanank-kanak setempat telah mengambil peluang untuk berkhatan beramai-ramai.

Majlis ini dirasmikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Kedah iaitu Cikgu Johari yang mewakili Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah yang tidak dapat hadir atas urusan lain yang tidak dapat dielakkan dan majlis dipengerusikan oleh Pengerusi JKKK Sungai Baru Gunong iaitu Cikgu Zul Ahamad Tarmizi.

Terima Kasih diucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala kedah serta AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah yang sama-sama memeriahkan majlis.

Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari
















No comments:

Post a Comment