Friday, 4 December 2015

Program Berkhatan Perdana 2015


Pada 28 November 2015 telah berlangsung Program Berkhatan Perdana 2015 Anjuran Majlis Belia Daerah Kota Setar dengan kerjasama JKKK Sungai Baru Gunong dan AJK Masjid Hidayatul Solihin. 

Majlis Berkhatan ini telah diadakan di Masjid Hidayatul Solihin bermula jam 8.30 pagi. Seramai 32 orang peserta yang terdiri dari kanank-kanak setempat telah mengambil peluang untuk berkhatan beramai-ramai.

Majlis ini dirasmikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Kedah iaitu Cikgu Johari yang mewakili Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah yang tidak dapat hadir atas urusan lain yang tidak dapat dielakkan dan majlis dipengerusikan oleh Pengerusi JKKK Sungai Baru Gunong iaitu Cikgu Zul Ahamad Tarmizi.

Terima Kasih diucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala kedah serta AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah yang sama-sama memeriahkan majlis.

Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari
















Wednesday, 18 November 2015

Mesyuarat Pelarasan Program Berkhatan Perdana

Program : Majlis Program Berkhatan Perdana dengan Kerjasama Majlis Belia Daerah Kota Setar
Tarikh: 28 November 2015
Tempat; Masjid Hidayatul Solihin & Dewan Tadika KEMAS Sg. Baru Gunong
Peserta: 50 orang (bayaran RM50 seorang)




Wawancara bersama Akhbar Sinar Harian





Program Gotong Royong Jawatankuasa perwakilan Penduduk (JPP)














Tuesday, 17 November 2015

Program Immarahkan Masjid Kita

Tajuk: Program Immarahkan Masjid Hidayatul Solihin
Tarikh: 6 November 2015
Masa: Selepas Solat Magrib
Penceramah Jemputan : Yang berbahagia Ustaz Attan Thowi bin Yusof


















Wednesday, 17 June 2015

Gotong Royong Memasang Khemah Sempena Ramadhan

Pada malam 22 Jun 2015, aktiviti gotong royong memasang khemah di dalam kawasan masjid Hidayatul Solihin Kg. Sg. Baru Gunong telah diadakan. Gotong royong ini dijayakan oleh barisan JKKK, Pemuda UMNO Sg. Baru dan AJK Masjid. Khemah yang di pasang akan digunakan bagi tujuan more sepanjang bulan ramadhan ini.