Tuesday, 18 October 2016

Program mengacau bubur asyura

Program mengacau bubur asyura telah diadakan pada   13 Oktober 2016 di perkarangan Masjid Hidayatul Solihin.

Program ini dijalankan secara gotong royong bersama-sama JKKK Kg. Alor Melintang, AJK UMNO cawangan Gunong & Alor Melintang, AJK Masjid dan juga kakitangan Tadika KEMAS Sg. Baru Gunong.

Alhamdulillah aktiviti ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama daripada semua pihak. Semoga program seumpama ini dapat diadakan pada setiap tahun.










Hari Sukan Negara 2016

Hari Sukan Negara Peringkat Kg. Sg. Baru Gunong telah diadakan pada 8 Oktober 2016 bertempat di perkarangan Masjid Hidayatul Solihin. 


Wednesday, 5 October 2016

Gotong Royong bersama pelajar Politech MARA

Gotong royong membersihkan Masjid Hidayatul Solihin dan Tadika KEMAS Sg.  Baru Gunong telah diadakan pada 6 Okt 2016. Selain pelajar,  gotong royong ini disertai oleh JKKK, AJK Masjid, KRT dan KEMAS.

Mesyuarat Hari Sukan Negara 2016

Mesyuarat telah diadakan pada 1 Oktober  2016. Mesyuarat memutuskan Hari sukan Negara peringkat Sg.  Baru Gunong akan diadakan di Masjid Hidayatul Solihin. Majlis akan melibatkan cawangan Alor Melintang, JKKK, AJK masjid dan KEMAS.

Mesyuarat PDM Alor Melintang

Mesyuarat PDM Alor Melintang telah diadakan pada 24 September 2016 jam 9.00 mlm bertempat di Dewan UMNO Sg.  Baru Gunong. Mesyuarat melibatkan cawangan Sg. Baru Gunong,  Cawangan Alor Melintang dan Taman Sri Gunong.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Zul Ahmad Tarmizi.  Agenda mesyuarat membincangkan hala tuju dan persediaan PDM Alor Melintang serta pelantikan jawatankuasa.

Tuesday, 16 August 2016

Mesyuarat Bulanan JKKK


Mesyuarat Bulanan JKKK Kg. Sungai Baru Gunong telah diadakan seperti kebiasaan pada tiap-tiap bulan. Setiap AJK memberi komitmen yang baik bg mencari jalan penyelesaian dan idea berkaitan kemajuan kampung.










Tuesday, 26 July 2016

Majlis Aidil Fitri 2016

Majlis Jamuan Aidil Fitri Kg. Sungai Baru Gunong telah diadakan di perkarangan Masjid Hidayatul Solihin. Majlis tersebut diadakan dengan kerjasama JKKK, KRT dan Tadika KEMAS Sg Baru Gunong.