Wednesday, 17 June 2015

Gotong Royong Memasang Khemah Sempena Ramadhan

Pada malam 22 Jun 2015, aktiviti gotong royong memasang khemah di dalam kawasan masjid Hidayatul Solihin Kg. Sg. Baru Gunong telah diadakan. Gotong royong ini dijayakan oleh barisan JKKK, Pemuda UMNO Sg. Baru dan AJK Masjid. Khemah yang di pasang akan digunakan bagi tujuan more sepanjang bulan ramadhan ini.





Mesyuarat Bulanan JKKK

Mesyuarat bulanan JKKK bagi bulan Jun 2015 telah diadakan lebih awal sebelum menyambut Ramadhan al-Mubarak. Mesyuarat membincangkan isu dan masalah berbangkit serta program yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan.



Thursday, 11 June 2015

Gotong Royong Membersihkan kubur Kg. Sg. Baru Gunong

Pada pagi ini 12 Jun 2015 barisan JKKK, AJK Masjid Hidayatil Solihin dan penduduk kampung Sg. Baru Gunong telah bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan kubur. Alhamdulillah sambutan dan kerjasama yang sangat baik ditunjukkan oleh semua yang terlibat. Harapan agar suasana harmoni dan kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.








Tuesday, 9 June 2015

Roadshow KOSPEN - Parlimen Kuala Kedah

Pada 23 Mei 2015 ahli KOSPEN Kg. Sg. Baru Gunong telah sama-sama menyertai Road Show KOSPEN yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Hj. Abdullah Saadun. Seramai 10 orang ahli KOSPEN Kg. Sg. Baru Gunong telah mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada orang ramai yang hadir. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Dr. Leong Yong Kong iaitu Exco Kerajaan Negeri Kedah. Antara Aktiviti yang dijalankan :

  • Pemeriksaan saringan kesihatan percuma
  • Pertandingan masakan kesihatan
  • Senamrobik
  • Berjalan Seribu langkah